Matahariku

Matahariku ~ let's visit my blog http://www.cuya193.blogspot.com

Khamis, 12 Julai 2012

Resepi Kek Coklat Moist Lembab Kukus

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( koko cap ros)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati.
4. Alaskan acuan bulat dgn kertas minyak (sapu minyak sedikit supaya tak melekat), curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 30 minit
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila.  kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Ini dia hasilnya >>>>

kire ok la ni..1st time wat jd la gak..kire ok kot..he3..


ade acuan lebih..try wat kat cup lak kukus 20 minit  je.

da siap!! hias sikit2 la...sedia tuk mkn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan